minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ISU PENGUNDI HANTU LUNAS

MARI MEMBANTU MEREKA YANG DIZALIMI

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...

22/12/2000 - Berita dari Lunas. Sehingga berita ini ditulis, 2 lagi tangkapan telah dibuat kerana terlibat di dalam kes 'Pengundi Hantu' pada malam semalam. Mereka adalah Sdr. Haji Roslan kassim and Sdr. Tian Chua. Kini mereka berada di lokap Balai Polis Kulim dan akan dihadapkan ke mahkamah rendah Kulim pada 23/12/2000 (Sabtu) jam 9:00 pagi. Kedatangan serta sokongan anda semua amat dialukan.

Dari maklumat SB yang saya perolehi, ramai lagi yang akan ditangkap dan dipercayai SB Bukit Aman dan yang bersekutu akan menceroboh masuk rumah-rumah tertentu bagi mendapatkan maklumat. Awas dengan kemasukan mereka kerana seandainya mereka menjumpai artikel-artikel BA ataupun artikel-artikel yang dipercayai menghina KERAjaan, tindakan akan diambil terutamanya mereka yang
berada di Padang Serai khasnya, negeri Kedah amnya dan Malaysia umumnya.

Desas desus dari kamar mahkamah, ikan jamin yang akan dikenakan kepada Sdr. Haji Roslan Kassim dan Sdr. Tian Chua adalah tidak kurang dari RM10,000.00 tiap seorang.

Memandangkan lebih ramai lagi yang akan di tangkap dan sesungguhnya perjuangan mereka ini demi untuk menegakkan keadilan sehingga sanggup meninggalkan anak isteri mahupun ibubapa, tiada apa yang dapat atau mampu kita membalasnya.

Apakah salah kiranya kita membantu mereka dengan menghulurkan sedikit sumbangan bagi mereka diikat jamin ataupun bagi membantu anak isteri dan ibubapa mereka sekiranya mereka tidak boleh diikat jamin semoga dapat meringankan beban tanggunggan yang keluarga mereka hadapi. Lebih-lebih lagi Raya menjelang tiba dan sekolah akan dibuka.

Bagi kami dari Parti Keadilan Bahagian Padang Serai dan YB Saifudin Nasution serta Sdr. Zainuddin Bakrin akan cuba membantu sedaya upaya yang termampu. Semalam sebanyak RM20,000.00 bagi ikat jamin 4 orang dan besok 2 orang lagi (top gun) entah berapa pula yang akan dikenakan. Secara ikhlas saya memberitahu, kami tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu seandainya tangkapan berterusan, apatah lagi untuk menjamin 2 top gun BA.

Dengan perasaan rendah diri, sekali lagi kami memohon keihsanan dan keihlasan dari Rakyat Malaysia agar dapat menyumbang derma sekadar yang mampu bagi mengisi 'Tabung Menentang Pengundi Hantu'. Sumbangan anda boleh dibuat melalui :

Bank-In :
Bank Bumiputera Commerce.
Account no. :  5010959771.

Pos kepada :
Parti Keadilan Nasional Bahagian Padang Serai,
933 Kampung Syed Sheikh,
Kilang Lama, 09000 Kulim,
Kedah Darulaman.
Cek/PO/MO atas nama : Parti Keadilan Nasional Bahagian Padang Serai.

Sumbangan anda amat kami hargai. Tiada bahasa mahupun ucapan yang indah dapat
kami balas. Hanya Alllah sahaja yang Maha mengetahui dan mampu membalasnya.


==
Yoyo.
Lawan Tetap Lawan.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter